Search

SULTAN JOHOR SECARA BERTERUSAN KURNIA BANTUAN MAKA...

  • Share this:

SULTAN JOHOR SECARA BERTERUSAN KURNIA BANTUAN MAKANAN KEPADA RAKYAT

Kurniaan barangan keperluan makanan daripada DYMM Sultan Johor menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) disampaikan kepada 297 keluarga berbilang bangsa di Mukim Panchor, Muar.

Kurniaan daripada Baginda Tuanku Sultan disampaikan Yang Berhormat Mejar Cina Dato’ David Wong kepada Penghulu Mukim Jorak-Panchor, Encik Mohd Muzammir Omar pada hari ini (11 Mac).

Mohd Muzammir yang mewakili penerima sumbangan, melahirkan setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Sultan Johor di atas kurniaan barangan keperluan makanan kepada penduduk Panchor.

“Saya mewakili penerima-penerima sumbangan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuanku Sultan Johor di atas kurniaan ini. Semoga Allah peliharakan Sultan.

"DYMM Sultan Johor amat menitikberatkan kebajikan rakyat dan hampir setiap minggu bantuan makanan disampaikan kepada golongan memerlukan di pelbagai kawasan seluruh Johor," katanya kepada Royal Press Office (RPO).


Tags:

About author
not provided